Keistimewaan Menu Serta Hidangan Di Kota Dine & Coffee - Fort Cornwallis, Penang

Dalam Fort Cornwallis ada kafe baru? Benarkah kewujudan kafe ini? Jom ikuti kebenaran akan kewujudannya di sini.

Jika korang ke Padang Kota, kemana tempat yang korang akan tuju. Aku kalau ke sana lepak tepi pantai pekena pasemboq lepas tu balik. Tak pernah pula aku tahu kewujudan satu kafe yang romentik, hipster dan makanan yang unik ni. Sehinggalah aku diberitahu dan diajak ke sana untuk menikmati hidangan di kafe tersebut. Pada mula aku tak percaya tapi bila dah sampai ke sana, aku tergamam dan terpegun akan kewujudan Kafe Kota Dine & Coffee ni. Kafe yang kelihatan ala-ala english dengan lampu yang penuh romentik tersergam indah dihadapan ku. Kafe ini ada sediakan indoor dan outdoor untuk korang menjamu selera. Ianya adalah mengikut keselesaan para pelanggan yang datang ke sini. Jom ikut aku tinjau kawasan di luar kafe ini dulu.











Inilah pemandangan kafe tersebut dari luar belum masuk dalam lagi tu. 


Pintu masuk Kota Dine & Coffee


Kalau korang memilih untuk makan di luar ni pun boleh tapi jaga-jaga. Tetiba tengah makan hujan turun terkena tempias tak tanggung yer.hehehe


 Pemandangan Kafe Kota Dine & Coffee dari tingkat atas.

Kafe ini dibuka pada pukul 10.30 pagi sehingga pukul 10.30 malam. Kafe ini terletak betul-betul di dalam Fort Cornwallis tu dan korang dikehendaki masuk melalui pintu yang menghadap ke jeti kapal Star Cruise tersebut. Sekiranya korang masuk selepas jam 7.30 malam, korang tidak perlu membayar yuran masuk ke situ. Tetapi jika korang masuk sebelum jam 7.30 malam maka korang dikehendaki membayar RM10 seorang ke dalam Fort Cornwallis. Korang boleh mendapat rebat semula di kafe ini jika korang membelanjakan sebanyak RM20 di Kafe Kota Dine & Coffee. Di sini korang yang ingin membuat sambutan hari jadi, company annual dinner atau pun majlis ulangtahun perkahwinan dan sebagainya boleh juga dibuat di sini. 

Kafe Kota Dine & Coffee ini boleh menempatkan jumlah pelanggannya sebanyak 60 ke 80 pax sehari. Sekiranya korang ingin membuat majlis perkahwinan korang boleh juga menempah kawasan outdoor di atas kafe ini dan semuanya diuruskan oleh pihak kafe. Hidangan yang disediakan oleh kafe ini adalah berbentuk buffet dan terdapat juga foodtruck sekiranya ada permintaan dari pelanggan. Selain itu, kafe ini juga ada menyediakan bilik untuk VIP yang mana diaorang boleh membuat aktiviti mesyuarat, perjumpaan dan sebagainya. Manakala dari segi hidangan pula mereka boleh memilih untuk buffet ataupun order seperti biasa. 


Kawasan menempatkan bilik VIP yang khusus untuk mahukan privasi dan mengadakan aktiviti mesyuarat.


Bilik VIP 


Ruang makan kafe Kota Dine & Coffee


Ruang makan kafe Kota Dine & Coffee

Masuk jer ruangan nie terus disambut oleh Francis Light. So, aku pun berhenti tanya khabar dia sat.hehehe

Sekarang kita beralih pula kepada menu-menu yang ada di kafe ini dan korang jangan risau kafe ini ada sijil halal yang telah diiktiraf oleh Jakim. Menu-menu yang disediakan di sini semuanya menarik dan apa yang pasti semuanya sedap-sedap dengan dekorasi yang cantik untuk setiap hidangan tersebut. Jom kita lihat menu yang aku dan kawan-kawan telah cuba di kafe ini.

Pertama sekali menu pembuka seleranya ialah sate yang mana sate di Kafe Kota Dine ni unik sikit sebab ianya didatangkan dalam bentuk seketul-seketul sebegini dan ditengahnya terdapat nasi dan disaluti dengan isi ayam, lalu disirami dengan kuah kacang. Daripada sate yang tradisional lalu ditambah dan dibuat pengubahsuaian menjadi sedikit moden. Kalau korang kena sate dekat sini memang kenyang la sebab saiznya besar-besar. 


Sate














Hokkien


Nyonya


Kota Asam Pedas ( Ikan Salmon)


Burger Ketam 










Kari ayam bersama roti banggali

Jumbo Platter
(pie, kerabu mangga, samosa, ayam tandori)

Pencuci Mulut
Selesai menu untuk pembuka selera, kita beralih pula kepada pencuci mulut di Kafe Kota Dine & Coffee. Pencuci mulut yang pertama sekali buat aku tertarik iaitu Kek Nasi Lemak. Jujur cakap memang rasa macam nasi lemak sebab ada rasa rendang, rasa timun dan nasi tu. Pendek kata sebijik la macam nasi lemak memang kreatif la kafe nie diaorang boleh cipta kelainan terhadap menu tradisional yang sedia ada. Pencuci mulut seterusnya pula ialah Kek Teh Tarik dah ada nasi lemak mestilah ada pasangan dia iaitu teh tarik. Kek Teh Tarik ni memang rasa macam teh tarik la tapi ia dalam bentuk kek dan tekstur dia lembut jer. Aku sendiri pun teruja tengok pencuci mulut diaorang nie kalau korang teruja dan nak tahu rasa dia macam mana, korang kena la datang ke kafe ni sendiri order dan rasai pengalamannya. 


Kek Nasi Lemak 


Kek Teh Tarik


Parfait

Creme Brulee


Ice Blended


Honeydew
Cendol
Pandan milk 
Ang Dao Kar (kacang merah)

Kota Flavour



Sunrise


Signature


Sunset

Sunset nie menjadi air pilihan aku sebab ada campuran laici, tembikai, mint, limau dan juga air sprit. Sedap sangat air nie walaupun masa mula tengok takut nak minum sebab banyak sangat campuran tapi tak sangka sedap dan boleh diterima tekak nie. Selain itu, kafe ini juga ada menyediakan set makanan dengan harga RM59 untuk satu pax yang mana untuk pembuka selera korang boleh sama ada ingin memilih sate, kari, nyonya atau laksa. Manakala untuk pembuka selera pula korang boleh creme brulee ataupun kek nasi lemak dan untuk air pula ada dua pilihan seperti ice lemon tea dan juga ice peach tea. Korang boleh pilih mengikut citarasa korang dan sekiranya korang nak cuba menu di kafe nie korang boleh rujuk alamat di bawah ini atau datang saja masuk ke Fort Conrwallis pasti akan jumpa satu-satunya kafe yang terdapat dalam ni dan aku lampirkan sekali sijil halal dari pihak jakim. 


Pengesahan sijil halal dari Jakim


KOTA CORNWALLIS DINE & COFFEE SDN BHD 
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 
10200 George Town, 
Pulau Pinang, Malaysia

Hubungi: 04-3714929


Seronok kami menikmati hidangan di Kafe Kota Dine & Coffee ni sama-sama. Terima kasih pihak kafe serta staff yang melayan kami dengan baik dan makanan kebanyakan habis licin la kami sapu. hehehehe. Jadi setakat ini saja aku dapat cerita mengenai kafe ini dan korang boleh terus kunjungi untuk mendapatkan lebih banyak menu pilihan di kafe Kota Dine & Coffee- when francis light meet rempah. 






SEKIAN








5 comments:

  1. bila tengok ada sijil halal memang confident dan semangat nak mencuba

    ReplyDelete
  2. sedapnya makan makan kat kota

    ReplyDelete
  3. Kek nasi lemak macam menarik ❤

    ReplyDelete
  4. Kek nasi lemak macam menarik ❤

    ReplyDelete
  5. sampai aaaati ritu tak ajak kite pun.. sedapnyaaa semua pun nampak menggoda ^^

    ReplyDelete

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe