Bantal Comel Hasil Rekaan dan Kreativiti Sendiri Di Printcious.com



Bantal Comel Hasil Rekaan dan Kreativiti Sendiri Di Printcious.com| Wah baru hari itu aku ada cerita pasal satu laman web printcious nie dekat Sini yang mana kita boleh reka sendiri design untuk hadiahkan pada seseorang atau untuk diri sendiri. Buka ja laman web https://www.printcious.com/my nie memang jadi rambang mata dan macam berhantu yang buat kita tidak boleh berganjak untuk mencuba barang dan produk dari printcious ini. So, dalam aku dok usha barang-barang yang comel dalam tu terus tergoda lalu membuat satu design. Tapi makan masa juga aku nak pilih barang tu sebab semua comel-comel macam nak grab beli semua saja.hahahaha 


Disebabkan aku dah memang lama teringin untuk membuat bantal yang ada print gambar sendiri jadi aku memilih bantal empat segi bewarna pink ini dan membuat design hasil kreativiti aku yang tidak seberapa ini ke atas bantal. Mulanya aku risau takut tak cantik sebab dan terpikir agaknya jadi elok ke tidak bantal tu nanti. Tapi aku membuat juga proses check out dan menunggu penghantaran dari printcious ini. Kira-kira dalam 4 hari bekerja macam tu aku dapat panggilan dari abam ninja untuk penghantaran barang dari printcious. Wah kemain excited lagi aku tunggu barang sampai ke rumah dan apabila dapat tengok bungkusan dia alahai comel sangat pula, tu belum buka dalam lagi tu.hehehe


Jeng-jeng dah sampai ke tangan aku dan tengok plastik bungkusan gambar ninja comel ni sayang pula nak buang dan aku simpan terus selalunya bungkusan plastik aku akan buang hahaha. Penghantaran yang cepat, pembungkusannya yang elok, cantik dan kemas serta maklumat untuk penghantaran juga dberi secara terperinci oleh syarikat penghantaran ini. Mereka akan menghantar mesej untuk memaklumkan barang kita bakal dihantar pada hari ini jadi kita boleh membuat persediaan sekiranya kita berada diluar kawasan. Sangat berpuas hati la dengan penghantaran mereka ni. 

Selepas dah dapat barang tu terus buka dan hasilnya kebabom, sebuah bantal pink yang bercorak gambar sendiri terhasil dengan cantik serta kemas sekali.Jahitan ditepi bantal yang kemas dan rapi serta gambar yang di print di atas bantal juga cantik dan langsung tidak kabur atau pecah. Hasil print tersebut kelihatan jelas seperti design asal langsung tiada cacat cela. Memang 100% aku bagi untuk printcious nie sebab memang design aku buat sendiri nie mendatangkan pulangan yang menawan. Pertama kali aku design dan membuat hadiah bantal untuk diri sendiri dan ianya ternyata membuatkan aku berpuas hati dan selepas ini boleh aku order lagi dan hadiahkan untuk keluarga, sahabat dan insan tersayang.hehehehe. Jom kita tengok dengan lebih dekat lagi bantal yang aku design sendiri tu.


Kalau korang nak hasilkan design dan gambar macam nie korang boleh edit dulu dekat dalam adobe photoshop dan lepas tu save sebagai jpeg dan boleh terus masukkan masa nak design dekta printcious ni. Tapi kalau korang nak edit satu-satu dalam printcious pun boleh juga, jika tak mahu guna gambar sendiri. Korang boleh google saja apa-apa gambar dalam format png dan boleh letak background yang korang suka dan hasilnya pun mesti cantik mengikut kreativiti korang juga. Tapi sebelum tu jangan lupa daftar masuk dulu dekat laman web princtious ini dan baru korang edit kalau tak nanti sia-sia saja korang edit tanpa daftar dan hasil design tu akan hilang dan tak masuk pun dalam akaun printcious korang. Dah satu hal korang kena edit semula nanti kan. 

Jadi jom la ramai-ramai kita serlahkan bakat yang terpendam tu dengan menghasilkan satu hadiah yang amat bermakna buat insan yang tersayang kita tu. Mesti diaorang suka dengan hadiah yang kita beri dan hasilkan sendiri ini. Jom lepas ni aku nak usha lagi tengok barang apa yang boleh menjadi next purchase aku kan.hehehe




2 comments:

Hye uollss Sila tinggalkan komen anda satu pun jadilah hehehehe