KEMANA SAHAJA BERSAMA MINYAK YU YEE CAP LIMAU

Assalamualaikum hai semua pembaca blog miss zya roses apa khabar? Sekarang ni musim angin timur orang kata jadi angin kuat, cuaca pun tidak menentu. Makanya penyakit pun senang saja berjangkit apatah lagi penyakit 3 serangkai iaitu demam, batuk dan selesema. Ha jadi berjaga-jaga yer korang jaga kesihatan sebaik-baiknya.Banyakkan minum air kosong okay. Zya pun baru sahaja baik dari demam nie sejak balik dari bercuti ke pulau terus badan rasa semacam dan lepas tu apa lagi demam la jawabnya. Mungkin ini kesan perubahan cuaca kot maklumlah cuaca dekat tengah pulau dengan darat ni kan lain. Cewah buat macam bercuti ke oversea, padahal hang p Pulau Langkawi saja pun.hihihihi. 

sampai ke puncak Gunung Mat Cincang zya bawa tau.hehehehe

Jadi sepanjang zya selesema dan batuk Minyak Yu Yee Cap Limau nie saja la yang menjadi peneman zya.Malah bukan itu saja, sepanjang zya pergi bercuti pun Minyak Yu Yee nie sentiasa zya bawa bersama kerana Minyak Yu Yee nie bukan sahaja untuk selesema, batuk dan kembung perut tetapi terbukti ia mampu merawat gatal-gatal di badan. Bila kita dah pergi bercuti ker pulau mestilah mandi laut semua kan. Oleh kerana, kulit yang agak sensitif nie senang sahaja jadi bintik-bintik kadang jadi kemerahan. Jadi sebelum tido zya akan sapu pada tempat yang gatal dan kulit terasa segar dan berangin, bangun pagi terus hilang rasa gatal-gatal tu. 

Kawan-kawan zya yang pergi bercuti sekali dengan zya pun dah terjebak sama sebelum tido akan sapu Minyak Yu Yee pada hidung katanya terasa nyaman nak tido bila berbuat sedemikian. Dorang pun bila rasa gatal-gatal dekat badan akan minta Minyak Yu Yee Cap Limau dekat zya. Jadi sapa kata minyak ini hanya untuk bayi yang baru lahir dan kembung perut sahaja. Sebenarnya banyak lagi kegunaan lain yang boleh digunakan sebagai rawatan. 

Didatangkan dengan pelbagai saiz dan zya memilih untuk menggunakan botol 10ml ini kerana mudah untuk dibawa dalam beg tangan zya. 


Korang cubalah dulu, baru korang tahu keberkesanan produk Minyak Yu Yee Cap Limau ini yang sememangnya sudah lama berada di pasaran sejak turun temurun lagi. Selamat mencuba semua.



This entry was posted in

SUSU KAMBING I-SIHAT SEMAKIN MENJADI PILIHAN RAMAI


Hai semua korang pernah tak minum susu kambing tak kisah yang original ataupun yang dijual paket-paket di pasaran. Mesti ada beza kan bagi korang yang pernah minum susu kambing original bau dia tu sangat menyengat dan zya sendiri tak boleh nak telan. Jadi zya akan cari susu kambing yang diperbaharui formulanya dan yang pasti tiada langsung bau. Malah ianya lagi bertambah sedap dan boleh digunakan seisi keluarga. 

Sebelum nie zya ada kongsi dengan korang info mengenai Susu Kambing I-sihat di SINI. Ha dah pernah baca ke belum kalau belum pernah boleh klik sini dekat atas tu. Pertama kali zya diperkenalkan dengan Susu Kambing I-sihat nie zya jadi sangat teruja. Korang nak tahu kenapa zya teruja? Ha sila tengok gambar dekat bawah ni.


Susu kambing perisa strawberi yang zya pegang tu dengan kotak yang berwarna pink dah sememang warna kegemaran zya. Setelah diperkenalkan dengan Susu Kambing I-sihat Premium Berry nie terus zya berminat dan jatuh hati dengan rasa dia memang sedap. Langsung tiada bau dan memang kena sangat dengan anak tekak zya rasa macam minum sepeket tak cukup sahaja. hahaha. Perisa ini didatangkan dengan campuran buah-buahan seperti strawberi, buah beri, delima, za'fran, kurma, madu, buah tin, kismis, habbatus sauda, badam, ekstrak sakura, applephenon, astaxathin, kolagen, dan juga susu kambing. Semua ini dicampur sekali dan menghasilkan Premium Berry yang sangat sedap. 

Zya sendiri dah mencuba selama sebulan dan kesannya dapat dilihat dari segi kulit terasa lembut dan apabila pergi kelas badan tidak cepat rasa letih serta sentiasa bertenaga sahaja sepanjang hari. Selain itu, masalah sembelit dan sakit kepala zya dan semakin beransur hilang. Macam tak percaya sahaja dulu kerap juga sembelit tapi bila dipikir balik haah dah lama tak alami masalah sembelit nie, Di samping itu, Premium Berry nie sesuai untuk wanita yang suka menjaga penampilan diri serta kulit wajah mahupun badan. InsyaAllah dengan izin Allah jika diamalkan selalu korang pasti dapat hasil yang diinginkan. Selain itu, Susu Kambing I-sihat juga ada menyediakan perisa coklat dan perisa asli.


Perisa coklat yang menjadi perisa kegemaran mak zya. Suka betul dia dengan Susu Kambing nie katanya langsung tiada rasa bau. Dah suka sangat la tu sebab mak zya kalau apa-apa sahaja yang berkaitan coklat nie semua dia suka. Kalau dah berulang kali cakap sedap maknanya dia dah berkenan sangat tu. hehehehe


Susu Kambing perisa asli atau[un original ini zya bagi dekat abah untuk minum. Abah jenis yang tak suka ada perisa-perisa nie.Katanya lebih suka kepada yang basic ataupun asli sebab katanya lebih sedap.Ewah kemain dia hehehe tekak masing-masing kan mana boleh nak disamakan.Kita pun layan jer dah dia suka perisa yang asli ini. Yang best tu sampai jer barang dekat rumah terus capai paket-paket ni sampaikan zya nak snap gambar pun xmenyempat dah.hahahaha. Untuk ibu yang hamil dan korang yang ada anak-anak kecik boleh la beri diaorang susu kambing ini sama ada yang asli ataupun yang coklat. Tapi kanak-kanak bila bagi yang coklat pasti diaorang suka kan. Zya bagi dekat mak dan abah sebab tak ada kanak-kanak di rumah.hehehe.

Selain itu korang boleh lihat sendiri beberapa testimoni yang telah berjaya dan berpuas hati dengan Susu Kambing I-sihat ini.













Dibawah ini pula testimoni untuk Premium Berry








Itu serba sedikit testimoni pengguna yang suka dan berpuas hati dengan Susu Kambing I-sihat ini. Bersemangat zya baca semua testimoni nie best sangat sebab produk melayu dan tengok pula ramai yang suka jadi kita sokong produk bumiputra nie. Seorang pelajar juga telah membuktikan bahawa dengan mengamalkan susu kambing I-sihat ini membawa kejayaan dalam pengajian dia.


Jadi yang belum pernah mencuba jom kita pakat-pakat mencuba produk Susu Kambing I-sihat yang terdapat dalam 3 perisa berlainan ini. Korang pasti berpuas hati dan rasa berbaloi sangat. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk I-sihat ini atau untuk membuat urusan pembelian boleh rujuk maklumat di bawah:-




Hotline : 019 2020 911


Entri sebelumnya 

i-SIHAT | REVOLUSI BARU SUSU KAMBING




This entry was posted in

KEKAL BERTENAGA DAN SIHAT DENGAN MILAGRO COFFEE PATAWALI

Bancuh jer kopi pergghhh bau dia harum semerbak, kalau duk dalam office tu semua pakat angkat kepala dari buat kerja. Bauan dari kopi boleh buat semua orang hilang fokus dan tolak kerusi pergi ke pantry buat air kopi. hahahaha Tapi rasa kopi korang mesti tak sama macam Milagro Coffee ni kan. Hah kenapa pula tak sama? Apa yang menariknya Milagro Coffee? Okay sekarang zya nak kongsi dengan korangpasal kopi yang istimewa ini kerana sambil minum sambil menjaga kesihatan kita. Wah hebat kan 2 in 1 bagi peminat kopi tu mesti peluang macam nie yang korang akan cari kan. 


Milagro Coffee Patawali adalah produk kopi terbaru dipasaran Malaysia dan ia adalah produk minuman kesihatan. Produk ini mempunyai pra-campuran 7 dalam 1 dari kopi arabika serta robusta dan diperkayakan dengan herba terpilih seperti herba patawali, lada hitam serta ekstrak halia yang mana ia mampu mengawal pelbagai penyakit serta meningkatkan sistem imun dalam badan kita.

Herba Patawali atau nama saintifiknya ialah tinospora crispa atau dikenali juga sebagai akar seruntun ialah sejenis pokok yang menjalar dan ia mudah ditemui di kawasan kampung . Pokok ini mudah tumbuh dan kebiasaannya dibiarkan menjalar di pagar-pagar rumah atau juga melilit pada pokok yang lain. Pokoknya yang berjurai-jurai kadangkala nampak cantik apabila dijadikan tanaman hiasan. Manakala batangnya yang berbintil-bintil (berkerutu) memang pada pandangan kita tidak cantik tetapi sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat. 


Digunakan untuk merawat penyakit seperti:
  • Tekanan darah tinggi 
  • Kencing manis
  • Merawat penyakit kelamin
  • Sakit perut
  • Demam biasa atau demam malaria
  • Menurunkan suhu badan yang panas
  • Sakit pinggang
  • Sengal-sengal 
  • Masalah cacing bagi kanak-kanak.
Oleh sebab itu herba patawali atau akar seruntun ini digunakan dalam menghasilkan Milagro Coffee ini dan dicampur dengan herba terpilih yang lain. Kopi ini sesuai diminum oleh semua peringkat umur dan yang paling penting ianya adalah sesuai untuk: 
  • Penghidap kencing manis
  • Penghidap darah tinggi 
  • Demam Malaria
  • Mempunyai masalah sakit sendi, senggugut dan keradangan
  • Ibu mengandung dan juga ibu dalam pantang.

Zya sendiri dah mencuba Milagro Coffee ini dah rasanya mmmm memang sedap sangat dan rasa bertenaga saja sepanjang hari. Korang hanya perlu minum 1 sachet untuk 1 gelas bagi mendapatkan tenaga yang cergas dan pelajar juga digalakkan untuk minum kopi ini. Memandangkan zya masih bergelar pelajar jadi kopi ini menjadi pilihan zya untuk diamalkan di waktu pagi sebelum ke dewan kuliah supaya tubuh badan zya akan terasa segar sepanjang hari. Selain itu, Milagro Coffee ini tidak mengandungi kaffein dan ia sesuai untuk sesiapa yang mempunyai sakit kepala ataupun migrain. Antara khasiat yang terkandung dalam Milagro Coffee ini ialah ianya tinggi dengan antioksida serta menguatkan saraf dan sistem pertahanan tubuh badan kita serta mengembalikan tenaga dengan segera.

Testimoni 

Jom kita lihat beberapa testimoni pelanggan yang telah mengamalkan produk Milagro Coffee ini dan semuanya menunjukkan hasil yang sangat memberangsangkan.







Harga Milagro Coffee ini ialah RM55 postage RM8, Sabah sarawak pula RM60 postage RM10 dan sekotak mempunyai 20 sachet. Sekiranya korang berminat untuk mendapatkan Milagro Coffee ini korang boleh rujuk maklumat di bawah ini dan hubungi talian yang tertera di situ.


Instagram : milagro_coffee


Hubungi : 019-2619291

Milagro Coffee juga mengalu-alukan sesiapa yang ingin menambahkan pendapat dengan menjadi agen dan stokist mereka.Terdapat bonus yang menarik serta 3x seminar untuk facebook, instagram dan pemasaran percuma di hotel setiap tahun dan bonus yang lain ialah pakej umrah.

Berminat cepat-cepat dapatkan dengan kadar segera Milagro Coffee Mmm....Sedap ek......


This entry was posted in

SERUM SWISSVITA MAMPU MENGEKALKAN KECANTIKAN KULIT WAJAH ANDA


Hai semua baru-baru ini zya diperkenalkan dengan satu produk dari Swissvita yang mana ia mengeluarkan banyak produk dan antaranya ialah serum. Serum sekarang menjadi trend di mana setiap wanita wajib mempunyai sekurang-kurannya satu jenis serum bagi merawat kulit sama ada kulit wajah bermasalah ataupun tidak. Jadi di sini zya nak cerita dengan korang jenis serum daripada Swissvita. 

Swissvita Micrite 3D All Use Anti-Spot Serum


Serum ini digunakan khas untuk tempat tertentu sahaja dan ia sesuai digunakan sekiranya di muka korang terdapat binti-bintik, parut jerawat atau tona kulit yang tidak sekata. Cara penggunaanya korang hanya perlu picit sedkit sahaja dan sapukan pada tempat yang bermasalah. Penggunaan untuk serum ini akan menjadi jimat kerana ia tidak melibatkan keseluruhan wajah anda. Kandungan vitamin C yang terdapat di dalam serum akan mampu mencerahkan kulit wajah anda.

Harga untuk serum ini ialah RM130 untuk 15g 

Untuk membeli Klik Sini

Swissvita Micrite 3D All Use Whitening Serum


Serum ini nampak seakan sama dengan serum anti spot tadi cuma beza dia sedikit panjang dan warna dia agak cerah dari yang tadi. Serum ini adalah sesuai untuk wajah yang tidak mempunyai sebarang masalah dan ia adalah untuk memutihkan kulit serta menghidrasikan kulit wajah kita. Serum ini tidak berminyak dan ia akan menyerap terus ke kulit wajah kita. Penggunaan serum ini boleh dilakukan dua kali sehari. 

Harga untuk serum ini ialah Rm130 (30g) sama seperti serum di atas.

Untuk membeli Klik Sini

Swissvita Mandelic Acid Perfect Ratio Complex Serum


Serum ini disediakan dalam bentuk botol dan ia sesuai digunakan untuk membuang sel-sel mati di kulit wajah kita serta ia dapat membantu menutup liang pori di kulit wajah. Sekiranya kulit korang kering dan mengelupas jadi serum ini bertindak untuk melembapkan kembali kulit wajah kita serta memberi anti-oksigen. 

Harga untuk serum ini ialah RM110 untuk 50ml.

Untuk membeli Klik Sini

Untuk membezakan setiap serum di atas di sini zya pamerkan untuk korang warna yang diwakili bagi setiap serum tersebut. Korang boleh melihat sendiri perbezaan setiap serum ini dan sekarang tengah ada promosi sekiranya korang membeli dengan harga lebih daripada RM350 korang akan mendapat diskaun sebanyak RM50 dengan menggunakan kod ini ROSESLOVESWISSVITA. Jadi jangan lepaskan peluang ini cepat-cepat dapatkan dan miliki setiap serum yang diceritakan. Untuk menjimatkan penggunaan serum-serum ini korang boleh picit atau titiskan sedikit sahaja di atas tangan kemudian sapukan pada wajah anda. 


Sebarang maklumat lanjut korang boleh terus ke Facebook Allyoung beauty & health Malaysia atau lawati laman web www.allyoung.my






This entry was posted in