BERKERETA SENDIRI KE LANGKAWI DENGAN LANGKAWI AUTO EXPRESS




Baru-baru ini zya dengan kawan-kawan berpeluang ke Pulau Langkawi dengan menaiki Langkawi Auto Express. Apa itu Langkawi Auto Express? Ok mai zya nak cerita Langkawi Auto Express ini sebenarnya feri yang membawa kereta dan juga penumpang terus ke Pulau Langkawi. Jadi bagi korang yang ingin membawa kereta sendiri bolehlah mencuba perkhidmatan ini kerana ianya dapat memudahkan urusan korang sekeluarga sekiranya terdapat anak kecil dan tidak perlu untuk anda memunggah barang dan menyewa kereta di Pulau Langkawi lagi. Tetapi perjalanan untuk sampai ke Langkawi adalah memakan masa selama 2 jam berbanding feri biasa yang membawa penumpang sahaja mengambil masa dalam 45 minit atau sejam perjalanan.Ini adalah kerana terminal feri-nya bukan di Kuah tetapi di Tanjung Lembung.

Bagi satu possing dulu sebelum kereta, bas, lori, motor dan basikal masuk.hehehehe Orang lain tidak dibenarkan dan tidak berpeluang untuk memasuki dulu sambil possing macam ini.hehehe Apa yang menyebabkan zya berpeluang bergambar di sini adalah kerana zya dan kawan-kawan datang ke Langkawi Auto Express Sdn Bhd untuk interview para pekerja serta melihat sendiri perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat mereka kerana ianya adalah sebahagian daripada tugasan untuk subjek Service Marketing yang zya ambil di Unimap ini. 


Apabila melawat dan pusing-pusing satu kapal ini kami ditawarkan untuk mengikuti dan melihat sendiri perkhidmatan mereka. Jadi kami tidak melepaskan peluang ini dengan merasai sendiri pengalaman ini di mana kami diberi tiket percuma pergi dan balik serta mendapat layanan seperti vvip yang sangat memuaskan dari kapten serta crew anak kapal. Kapten kapal yang sangat ramah dan sentiasa bercerita mengenai pengalaman beliau menjadi kapten kapal laut ini. Kapten yang membawa Langkawi Auto Express ini telah mempunyai pengalaman mengelilingi dunia selama 15 tahun dan sebelum ini beliau telah berkhidmat dengan syarikat MISC. Kami yang mendengar cerita dan pengalamannya terasa sangat teruja dan terus pasang niat nak juga keliling dunia macam tu.hihihihi mampukah? mana mau korek duit banyak-banyak hihihi


Selfie lagi hehehe diaorang tengah fokus untuk memulakan perjalanan.


Inilah dia kapten Rasyid bersama dengan pembantunya untuk mengendalikan feri Langkawi Auto Express ini.


Walaupun perjalanannya memakan masa yang lama, tetapi pemandangan yang cantik, indah serta panorama yang memukau pasti menggamit korang untuk selalu menaiki Langkawi Auto Express ini. Zya sendiri telah mengalami pengalaman sendiri apabila berada di dalam feri ini kita bagaikan berada di dalam kapal persiaran yang mewah. Ini adalah kerana para penumpang berpeluang untuk mengambil angin di luar feri sambil menghirup udara segar di tengah laut dengan pemandangan yang sangat cantik. Feri ini akan melalui beberapa buah pulau yang sangat cantik serta kita berpeluang untuk merakam saat-saat indah ini. Sekiranya kita menaiki feri penumpang biasa kita tidak dibenarkan untuk keluar dan mengambil menghirup udara segar diluar tetapi dengan Langkawi Auto Express menjanjikan pengalaman indah itu untuk korang semua. Jom kita lihat serba sedikit gambar yang sempat zya dan kawan-kawan rakamkan. 

Pemandangan dari dek atas yang sangat memukau sambil melihat pulau-pulau kecil disepanjang perjalanan.
















Zya bersama dengan kawan-kawan merasai sendiri pengalaman yang indah ini.Memang kami sangat teruja di sini.


Laluan ini juga boleh menjadi tempat untuk korang bersantai sambil mengambil angin.

Feri ini sebenarnya ada 3 tingkat iaitu di bahagian bawah menempatkan ruangan untuk kenderaan, tingkat 2 untuk bilik VVIP seperti untuk orang kenamaan dan raja. Manakala tingkat 3 adalah untuk para penumpang sekiranya mereka tidak mahu duduk di dalam kereta bolehlah korang lepak sambil tengok televisyen dan terdapat juga cafe untuk makanan ringan dan juga minuman panas sejuk. Ruangan ini sangat selesa dan sangat berbeza dengan feri penumpang yang lain.



Gambar diatas adalah ruangan rehat, santai serta siap dengan meja sekiranya anda ingin makan disini. Gambar dibawah pula adalah cafe yang menjual pelbagai makanan ringan, minuman panas dan sejuk. 


Jadual perjalanan feri ini pula tidak tetap kerana ia bergantung kepada pasang surut air. Jadi untuk menggunakan perkhidmatan Langkawi Auto Express ini korang kena booking online macam korang booking tiket flight ha lebih kurang macam tu la. Korang boleh semak jadual perjalanan serta bayaran yang dikenakan mengikut jenis kenderaan korang. Korang boleh semak dan mencari lebih maklumat lanjut di sini www.langkawiauto.com dan ia akan keluar laman web seperti dalam gambar di bawah ini.


Manakala untuk bayaran pula korang boleh rujuk jadual dalam gambar di bawah ini atau terus ke laman web Langkawi Auto Express itu sendiri dan pastikan korang memilih jenis kenderaan yang betul serta untuk pemandu bayarannya adalah percuma dan sekiranya terdapat penumpang lain lagi harga akan dikira asing. Jadi ikuti langka-langkah yang ditetapkan di dalam laman web tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.


Setelah urusan pembelian dibuat korang perlu menyediakan beberapa dokumen yang akan dinyatakan setelah urusan pembayaran dibuat seperti print tiket pembayaran, geran kereta dan surat untuk pelepasan kastam. 


Selepas itu, bila tiba tarikh tersebut korang perlu daftar masuk di kaunter ini dan mendapatkan pas pelepasan masuk feri dan setelah itu bolehlah korang bercuti bersama keluarga atau sahabat. Ok zya nak belanja gambar lagi. Harap tak juling mata korang baca entri zya kali ni yang panjang lebar dan banyak gambar ni.hehehe



































Pemandangan masa balik ditengah laut.Masa ni angin kuat sangat dan sejuk jer. Zya dan kengkawan dah kepenatan jadi kami lepak dekat depan nie sambil ambil angin.



Gambar atas ini diambil dari dalam tempat kapten memandu dan kami dibenarkan untuk berada di dalam bagi melihat sendiri kerja-kerja mereka. Agak pening juga zya bila melihat pelbagai alat kawalan yang digunakan untuk mengawal kapal ini. 

 Ok dah jom balik Perlis balik jangan nak mengada lama-lama kat sini. hihihi


Terima kasih kepada Langkawi Auto Express Sdn Bhd, kapten Rasyid dan krew-krew anak kapal yang membantu kami mendapatkan maklumat sepanjang sehari kami di sini. Alhamdulillah dengan sedikit maklumat zya kongsikan di sini dapat membantu korang semua untuk menggunakan perkihdmatan ini ke Pulau Langkawi. Selamat melancong semua. Sekian.

KEBAIKAN JUS OSTANIA MANGGIS AMRITA



Ostania Manggis Amrita ialah minuman yang enak dengan formulasi keseluruhan buah manggis termasuk puri dan kulitnya sekali membuatkan Ostania kaya dengan Xanthones. Minuman ini diperkaya dengan pelbagai khasiat baik untuk kesihatan anda. Sesuai dengan gelaran manggis sebagai "ratu buah", minuman ini penuh dengan antioksidan dan ditambah baik dengan campuran ekstrak epal, roselle, acai beri, anggur dan delima. 


Manggis (Garcinia mangostana L.) mempunyai kandungan kelas Xanthones semulajadi yang terbanyak iaitu sebanyak 43 kelas. Manggis merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan kelas Xanthones terbanyak dalam kategori tumbuhan. Majoriti Xanthones terdapat pada kulit buah manggis. 

Apa itu Xanthones?

Xanthones adalah sejenis antioksidan yang berkuasa malah lebih berkesan daripada vitamin C dan vitamin E. Ramai dikalangan doktor menggelar Xanthones sebagai " Super Antioxidants". Xanthones mempunyai aktiviti biologi yang tinggi dan lebih mengejutkan ialah ia masih belum digunakan dalam perubatan moden. Menurut kajian saintifik yang dilakukan di Jepun, Xanthones mampu melawan kanser dan mampu mempengaruhi pertumbuhan awal tumor. 


Jadi zya pun berminat untuk mencuba Ostani Manggis Amrita ini kerana terdapat banyak khasiat dan ia sebenarnya dapat mengembalikan tenaga dalam tubuh badan kita. Oh ya bercakap mengenai mengembalikan tenaga ini kan, dahulu zya pernah mengalami demam denggi dan sehingga di masukkan ke dalam wad juga seminggu. Tenaga memang dah hilang habis dan air dalam badan pun memang kurang banyak. Jadi masa tu ayah zya ada bagi jus manggis dalam bentuk sachet dan bila minum terus terasa segar badan dan keesokan hari itu ujian darah zya terus jadi baik dan semakin pulih. Tapi selain itu, doa dan kuasa Tuhan juga yang menyembuhkan kita dan kita hanya berusaha dan ikhtiar sedaya yang mungkin untuk menyembuhkan penyakit. Tapi jus tu zya dah tak dapat cari lagi dekat pasaran dan bila ada orang perkenalkan Ostania Manggis Amrita ni terus zya bersetuju untuk mencuba. Jadi memang tidak disalah erti lagi jus manggis ini sebenarnya memang membawa banyak khasiatnya yang tersendiri. 


Fakta mengenai Ostania Manggis Amrita:-
  • Nilai ORAC antioksidan 14186.98
  • Tiada tambahan gula
  • Tiada pengawet
  • Mengembalikan tenaga
  • Pemuliharaan kesihatan
  • Fungsi terapeutik
  • Anti-penuaan
  • Pemanis semulajadi (buah)
  • Membantu penghadaman
  • Anti-kanser dan anti-inflamasi.

Mengapa anda perlu minum Ostania?
  • Satu cawan kecil Ostania Manggis Amrita mampu mengembalikan tenaga anda dan menghilangkan dahaga.
  • Membantu pergerakan sistem penghadaman sekaligus mampu mengurangkan berat badan.
  • Tinggi dengan antioksidan dan membantu dalam peneutralan radikal-radikal bebas dalam badan (anti-kanser)
  • Membantu sistem pencernaan anda dengan vitamin C dan juga meningkatkan sistem imun.
  • Mempunyai kelebihan anti-bakteria dan anti-fungi untuk melawan jangkitan kuman, fungi dan yis.
Saranan penyajian adalah 30ml atau campur dengan air ratio (1:1) dan perlu disimpan di peti sejuk selepas membuka penutupnya. Manakala jumlah hidangan yang boleh didapati adalah sebanyak 16 cawan kecil. Jumlah isipadu sebotol Ostania Manggis Amrita adalah 500 ml. Harga untuk sebotol Ostania Manggis Amrina ini ialah RM49.90 dan untuk tiga botol adalah RM130.


Ostania Manggis Amrita adalah produk keluaran syarikat Furley Bioextracts iaitu syarikat penyelidikan berstatus BioNexus sejak 2008. Menfokuskan kepada bioteknologi dan produk berasaskan semulajadi. Mereka menghasilkan rangkaian produk dari makanan kesihatan, suplemen, penjagaab kulit (kosmoseutikal) dan juga rawatan luka. Semua produk yang dihasilkan adalah melalui penyelidikan yang menyeluruh untuk memastikan kualiti dan keberkesanan pada tahap tinggi. Berpegang dengan prinsip, lengkapkan hidup dengan anugerah Alam, produk yang dihasilkan bebas dari bahan kimia berbahaya dan berkesan.

Sekiranya korang ingin mencuba produk keluaran dari Furley Bioextracts tidak kira sama ada jus Ostania Manggis Amrita atau produk lain anda boleh klik SINI sekarang kerana anda akan mendapat diskaun sebanyak RM10 untuk produk tersebut. Dan sekiranya korang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini boleh lawati di sini :-

Laman web : www.furleybio.com


Instagram: @furleybio



This entry was posted in

WONDER CHEESE YANG SANGAT SEDAP DAN MENYELERAKAN

Image result for wonder cheese

WONDER CHEESE YANG SEDAP | Hai korang pernah tak jumpa atau makan Wonder cheese nie? Sekarang tengah jadi trend orang jual wonder cheese yang memang sedap bila makan dia tak boleh berhenti.hihihi Sambil layan cerita dekat laptop atau buat asignment sambil duk ngap ngap mengunyah wonder cheese nie. 


Wonder cheese nie dia ada rasa pedas-pedas plus rasa keju dan kerangupan kulit popia dia tu buat kita jadi ralat dan sedar-sedar dah tinggal separuh balang. Serata Penang zya cari orang yang jual dan akhirnya seorang kawan zya bagi number phone orang yang jual wonder cheese ni. Pelajar UITM yang jual dan sanggup zya memandu ke UITM semata-mata untuk mendapatkan wonder cheese yang memang super sedap. Kalau korang tak percaya korang boleh cuba dapatkan dan rasai sendiri keenakannya.hehehhe

This entry was posted in

RAHSIA KULIT CANTIK DAN PESONA DIRI YANG MEMUKAU DENGAN ENCHANTEUR PARIS


Hai korang semua baru-baru ini zya ada terima 1 set produk wangian enchaunter. Buka sahaja kotak nie terus bau dia harum semerbak. Enchaunter sekarang dah zya sememangnya mencuba satu persatu produk nie dan ianya sangat memuaskan hati zya untuk terus kekal menggunakan produk ini. Jom kita lihat apa keistimewaan setiap produk daripada enchaunter ini.

ENCHANTEUR PARIS Mon Amie


Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie. ENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie. Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.


ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 



Rangkaian ENCAHNTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3. Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour. 


Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau. Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml). Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol. Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol. Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.



This entry was posted in

LIRIK LAGU YANG KU CINTA | KRISTAL

Kristal - Yang Ku Cinta


Ku sedar hati tak mampu

Melupa akan dirimu
Nyatanya kau yang ku cinta
Membuat aku bahagia



Namun mengapa antara kita
Saling membenci dan menyakiti
Hingga terasa berbekas sakitnya di jiwa



Tapi kerana kau yang ku cinta
Biarlah diri ini mengalah
Wahai kekasih
Ku tak mahu kehilanganmu


Dirimu paling ku sayang

Tak mungkin aku membenci
Kerana kau yang ku cinta
Dan buat aku bahagia



Namun mengapa antara kita
Saling membenci dan menyakiti
Hingga terasa berbekas sakitnya di jiwa



Tapi kerana kau yang ku cinta
Biarlah diri ini mengalah
Wahai kekasih
Ku tak mahu kehilanganmu



Dirimu paling yang aku sayang
Mana kan mungkin aku membenci
Kau yang membuat
Diriku rasa bahagia



Lagu: Harry Khalifah
Lirik: Iman Imran
This entry was posted in

PEK FLEKSI SAFI SHAYLA YANG TERBARU DAN LEBIH JIMAT



Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung seperti zya, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikannilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah. 

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda memperkenalkansatu solusi penuh inovasi, SAFI Shayla Pek Fleksi.



“SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. DenganSAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupunsebagai pek kembara. Mereka mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

Menurutnya lagi, “Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil dari perkataan “fleksibel” iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, SAFI Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza.”






Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Malah, pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.






Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65.Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia




This entry was posted in