MISTERI KEHILANGAN FOLLOWER KINI TERUNGKAP


Tengah beristirehat tetiba dapat whatsapp dari bff zya a.k.a rakan blogger juga, "Eh follower hang hilang tak? Aku tinggal lappy sekejap ja pergi makan bila tengok balik follower aku hilang ramai kot. Sadisnya kenapa depa unfollow aku serentak". Unfollow serentak????? Pelik sangat tu......Patut la zya perasan ada beberapa orang unfollow di blog zya. Sudah la follower pun tak ramai lepas tu tetiba hilang.sob sob sob. Tapi disebalik misteri kehilangan ini ada yang tersirat rupanya.


Apa yang menjadi isteri ini adalah kerana sebelum ini, terdapat  pelbagai cara untuk pengunjung follow blog kita iaitu dengan pelbagai jenis account yang boleh digunakan. Tetapi mulai 11 Januari 2016 nie semua follower blog kita hanya boleh  follow blog (Sign in) dengan menggunakan account google saja. Hal ini berlaku adalah kerana mereka ingin menyelaraskan kepada setiap orang yang ingin menjadi follower kita. 

Jadi kepada sesiapa yang ingin follow kita perlu ada Akaun google dan jika tidak mereka perlu mendaftar Akaun Google tersebut. Kelihatan agak rumitkan, tetapi itulah sistem yang kita kena ikut selepas ini. Jadi bolehlah juga bagitau follower korang yang beribu raban tu ya. Kalau yang ada follow blog zya pakai account (sign ini ) selain google account, mohon follow balik ya . Kali ini pakai google account tu tau tau.

Harap sedikit maklumat yang zya bagi nie dapat memberi manfaat kepada misteri kehilangan follower sebelum ini yer. Maaf kalau ada sedikit kekeliruan dalam penerangan ini. Kalau korang nak lebih kepastian boleh rujuk di SINI dan boleh juga rujuk sumber lain di SINI.




SALAM MAULIDUR RASUL UNTUK SELURUH UMAT ISLAM

SEKIAN!!!!!




This entry was posted in

APAKAH TANDA-TANDA ANDA DILAMUN CINTA

Siap pasang lagu My Heart Will Go On lagi....Apakah??? 
Jeng jeng jeng jatuh cinta!!!!!! 
 
Pernahkan anda dilamun cinta? 
Ha jom zya kongsikan beberapa tanda yang menunjukkan anda telah jatuh cinta????





1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggeabah apabila dia menghampiri anda.








3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya

7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.

 8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.




9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.



12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.

13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.

16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.



17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal

Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.



23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.

24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.

28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.

30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.


SEKIAN!!!!!

This entry was posted in

TROPICAL SPICE GARDEN, PENANG


sory gambar nie hasil google jer.terlupa nak snap.hihi

Tropical Spice Garden itulah tajuk entry zya kali ini. Pada hari sabtu yang lalu tanpa ada arah tuju kami pusing-pusing pulau. Cadangnya nak melepak-lepak tenangkan fikiran tapi hakikatnya jalan jem pula so terkandas la kami hampir sejam lebih dekat atas jalan raya. Sambil tu sempat juga berbincang arah tuju kami menghala ke mana dan terus terdetik dalam fikiran apa kata kita pergi Tropical Spice Garden sebab selama 24 tahun zya hidup di Penang nie belum pernah lagi jejak masuk dalam tu.hahahaha nama ja anak jati Penang tapi Penang pun tak habis jelajah lagi.kih3. 

 
pemandangan pertama bila masuk.

Kami sampai sini dalam lingkungan pukul 3 petang dan waktu terakhir yang dibenarkan masuk adalah pukul 5.30 petang. Kalau korang masuk sini dia tiada had masa, jadi korang boleh duduk bertapa dalam tu sesuka hati sampai tempat ni ditutup.hahaha Kalau nak masuk lama korang datang la awal yer. Nak masuk nie dorang sediakan 2 pakej iaitu 1 pakej sekali dengan tour guide so harga dia dalam RM33 seorang dan pakej ke-2 kita guide sendiri dalam tu dengan harga RM27. Zya pilih pakej yang ke-2 dan kebetulan zya student lagi so dapat la harga RM21 dengan syarat kena tunjuk kad matrik korang tu. Ok kalau korang pilih guide sendiri kita akan diberi satu alat yang mana akan memberi maklumat tentang tumbuhan-tumbuhan yang ada di situ. Cara nak guna alat tu just tekan number yang tertera pada pokok so automatik alat tu akan menerangkan dengan terperinci berkenaan tumbuhan di situ.

 
benda dekat tangan zya tu la alat dia. abaikan tudung sememeh tu.

Serius cakap masuk sini memang best sebab sejuk, nyaman, tenang. Manusia yang pencipta alam hijau macam zya nie memang jadi teruja la tapi last last pancit juga sebab dah lama tak hiking masuk hutan nie. Zaman diploma dulu jer last join jungle trekking nie. hik3. So kalau masuk sini berhati-hati juga yer sebab takut ada seranggan yang berbisa. Tapi korang jangan risau kena gigit nyamuk or apa-apa serangga sebab sebelum masuk korang akan disembur dulu dengan minyak serai yang perlu dilumur pada tangan korang.

 
siap ada signboard lagi so jangan risau takkan sesat punya.


air terjun juga terdapat dalam nie.tapi amaran keras tak boleh mandi sini yer.

Zya nak cerita sikit pasal tempat nie yang mana ia dibuka pada bulan November 2013 menampilkan lebih 500 spesies flora dan fauna yang eksotik. Tropical Spice Garden yang indah merupakan muzium hidup dengan keajaiban botani yang tersebar lebih lapan hektar tanah pemuliharaan alam yang subur. Ia mempunyai  11 laluan taman dan lintasan sungai, air terjun dan struktur yang diperbuat daripada bahan organik kitar semula. Selain itu, tempat ini juga adalah menjadi daya tarikan pelancong yang memenangi anugerah di mana terdapat muzium rempah. 
  
Bawah nie muzium rempah yang mana terdapat pelbagai jenis rempah ditunjukkan serta sejarah mengenai rempah ratus yang kita gunakan.


dekat sini ada ditunjukkan pelbagai jenis rempah ratus serta sejarahnya.


kononnya tengah menikmati udara segar
 
Selain itu, korang juga boleh menghayati pemandangan penuh Teluk Bahang sambil menghirup teh herba di teres bukit. Disini juga terdapat kedai cenderahati yang mana kita boleh membeli barangan organik sebagai hadiah seperti rempah segar, penghalau nyamuk citronella, sabun kayu cendana, minyak urut, dan minyak wangi. Korang kalau datang ke Penang jangan lupa lepaskan peluang singgah ke Tropical Spice Garden untuk menikmati keindahan yang segar sambil mengenali beberapa jenis tumbuhan dan rempah ratus yang kita sendiri tidak pernah lihat bentuk dan rupa pokoknya. Korang takut sesat errrkk jangan risau korang akan diberi 1 peta yang akan guide korang sepanjang dalam hutan kecil nie. Rasanya setakat ini sahaja entry zya yang panjang lebar membebel nie dan sebelum tu meyh la cuci mata gambar-gambar yang sempat zya ambil. Disebabkan penat letih dan semput sepanjang hiking jadi gambar yang sempat diambil tidak la berapa banyak.hehehe.meyh usha dulu meyhh

nie peta kawasan dalam Tropical Spice Garden nie,

zya yg semakin gemuk. jgn tanya kenapa gemuk mybe hati senang.haha



Pemandangan yang mendamaikan

Besar gila daun tu boleh buat kipas utk pengantin atas pelamin.hahaha








Sekian!!!!!!!!!















GiveAway Akhir Tahun 2015 Sheila Inspire


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Give Away Akhir Tahun 2015 Sheila Inspire



Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razzaq, Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang serta Yang Maha Memberi Rezeki, dengan ini saya ingin melancarkan "Giveaway Akhir Tahun 2015 Sheila Inspire".... sempena template baharu ini dan keluarga besar blooger yang sering berkunjung ke blog yang tak seberapa ini.... semoga ukhwah kita sentiasa terjalin,,, tegur-tegur la diri ini. Adakala tak berapa nak aktif kerana kesibukan tugasan.... Akhir sekali, saya harap dengan GA yang tak seberapa ini dapat menjalinkan hubungan kita sesama blogger.... Maaf yer gambar hadiah tidak clear....

Syarat:
1. Buat entry masukkan banner dan link ke segmen ini.
2. Kalau sudi boleh follow : Sheila Inspire, add Facebook, add Twitter, friend Google, follow Instagram (kalau tak nak pun tak apa)... terpulang....
3. Jangan lupa tinggalkan link di petak komen.

Tarikh akhir : 29 Dis 2015 jam 11.59 pm

Hadiah

3 x (2 orang) (hadiah misteri)



1 x (1 orang) planner 2016


1 x (1 orang) diary 2016


3 x (3 orang) shawl H&M


1 x (1 orang) face tower + vase


1 x (1 orang) botol air


1 x (1 orang) beg mickey mouse


3 x (3 orang) pamplet set zikir Asmaul Husna


Setakat ini 12 peserta bertuah dicari dan mungkin akan bertambah dengan kasih sayang Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razzaq.... Keputusan akan ditentukan secara cabutan bertuah pada 31 Dis 2015 InsyaaAllah, Allah Ya Baari'....


Senarai Peserta





SEMESTER 3 YANG PALING SURVIVAL





Semester 3 yang paling survival. Itulah entry zya untuk kali ini. Terlalu sibuk sampai blog ni sedikit terabai tak berhupdate dan sebagainya. Alhamdulillah maka dengan ini berakhirlah semester 3 zya. Alah baru semester 3 tu pun nak kecoh. Ok memang sengaja zya nak kecoh sebab nie pengalaman pertama zya sepanjang zya menjadi student tak pernah lagi la zya rasa betapa penat dan letihnya sampai boleh demam. Dulu zya study diploma, tapi tak ada penat sampai macam nie sekali. Tak pernah lagi rasa pengalaman tidur 2 jam dah kena bangun study siapkan assignment, video dan presentation semua. Tapi bila degree tak ada langsung istilah rehat. Setiap hari ada sahaja kerja yang zya kena siapkan. 




Kelihatan kerdil ku di situ. 

Semester nie banyak sangat pengalaman baru yang pahit dan manis. Zya berhadapan dengan situasi manusia yang pelbagai ragam, baik dari segi pelajar-pelajar dan juga para pensyarah. Tapi alhamdulillah dengan setiap pengalaman ini yang akan buat kita untuk belajar mengenali pelbagai jenis gelagat manusia. Jadi tiada istilah katak di bawah tempurung yang hanya berada di bawah lekuknya sahaja. Hidup kita mesti sentiasa mempunyai kawan kerana kawan adalah sumber semangat dan memberi nasihat apabila kita berjauhan dengan keluarga. Wah berfalsafah pula kita kan.hihihi 




Actually, sengaja zya kongsi sedikit kisah nie sebab sebagai pengajaran untuk semua dan kebetulan sekarang zya tengah cuti study week. Baru hari ini dapat bersitirehat dengan tenang dan aman jadi rindu nak buat entry kat pages nie. Kalau sebelum nie sibuk sangat sampai otak tak sempat nak pikir benda lain. Lepas satu persatu assignment dan presentation yang nak kena hadap. 




Tapi, hakikat yang sebenarnya adalah menjadi student satu kenangan yang indah dan bila dah mula kerja dan mempunyai kehidupan serta kerjaya kita pasti akan sentiasa terkenang dan rindu akan suasana student life. Betul tak?? betul tak??? siapa yang pernah alami Campus life akan mengerti betapa seronoknya zaman study nie. 



Actually lambat lagi zya nak grade sebenarnya, tapi entry tu macam dah tamat belajar saja.hahahhaha InsyaAllah jika diizinkan-Nya lagi setahun setengah zya grade. Doakan zya yer untuk final exam nie dan zya juga doakan anda semua berjaya dengan kerjaya dan kehidupan anda semua. Aminnnn...





















SEKIAN!!!!!


















MENANG TIKET PERCUTIAN KE JAPAN DAN HONG KONG

ASSALAMUALAIKUM!!!!!

Hii uolllssss adakah anda peminat tegar kepada barangan di Butik Body Glove?? Inilah masanya untuk mereka menghargai anda sebagai para pelanggannya dengan mengadakan Body Glove Lucky Draw. 



Butik Body Glove sekarang tengah mengadakan Luck Draw sampai hujung bulan 12 2015. So korang cepat-cepat la grab mana tahu dalam ramai-ramai anda salah seorang pemenangnya. Syaratnya adalah jika anda semua membeli setiap barangan yang melebihi RM100 dan keatas akan melayakkan anda untuk menyertai lucky draw ini. Apa yang bestnya sertai lucky draw nie ialah hadiah yang ditawarkan sangat lumayan. First prize dia adalah tiket untuk ke Jepun dan juga Hong Kong. Wah sapa tak mau kan dapat hadiah pergi melancong nie. Bagi pemenang seterusnya adalah wang tunai, handphone iphone 6s dan vaucer membeli-belah di Body Glove. Best kan bila dengar hadiah yang lumayan tu.





Selain itu, jika korang menjadi ahlinya juga anda berpeluang mendapat diskaun ke atas setiap pembelian yang anda buat. Memang berbaloi sangat la untuk student macam zya nie.hahahaha. Zya juga antara salah seorang peminat barangan Body Glove sejak di bangku sekolah sampai sekarang. Tetap setia dengan menyimpan koleksi-koleksi terbaru design dari body glove. Sebab apa zya minat body glove. Ha nie ceq nak habaq mai body glove sentiasa mengeluarkan design terbaru yang memenuhi citarasa remaja mengikut peredaran sekarang. Walaupun dah masuk angka 20- an tetapi zya tetap setia dengan Body Glove. So, baru-baru nie sempat juga zya grab sehelai barangan dan dapat join Body Glove Lucky Draw nie. Hope kalau ada rezeki dapat menjadi salah seorang pemenang bertuah dalam Body Glove Lucky Draw. hehehehe Korang nak tahu apa yang zya beli tu errrkkk tak apa biarlah menjadi rahsia antara zya dan penjualnya.hahaha








SEKIAN!!!!!! 



This entry was posted in

SAHUT CABARAN BLOGGER MEEYA TECHIK

ASSALAMUALAIKUM!!!!
Hye uollsss hari nie zya nak sahut cabaran dari blogger Meeya techik. Actually Meeya ada tag zya dekat entry SINI. Jadi jom kita terjah soalan apa yang di tanya tu sekaligus korang boleh juga mengenali siapa miss zyaroses nie sebenarnya.hahaha (perasan ada peminat).


nampak tak, nampak tak.... 



 Antara soalan yang diajukan oleh blogger Meeya adalah

  Introduce your self.
Nama saya Rosmazyatul Akma bt Muhd Rosli. Anak sulung kepada 2 beradik berumur 24 tahun dan masih single. Belum jumpa jodoh lagi walaupun dah merantau banyak negeri.hihihi  Bergelar student di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dalam bidang Bachelor Of Business (hons) Engineering Entrepreneurship dan sebelum nie diploma UNISEL Shah Alam dalam bidang Diploma In Administrative Management. (wah poyo jer menjawab macam budak tadika pulak).hahaha
Part time / Full time blogger ?
Zya mula terjebak dengan dunia blog nie sejak tahun 2011. Semuanya terpengaruh tengok blog kakak fida yang cantik dan terus minta dia ajarkan. Tapi tak berapa aktif sangat sampai la zya buat akaun baru ni pada bulan 8 hari tu. Tetapi mampu jadi part time blogger saja sebabnya masih banyak komitmen dengan study.  Kadang tu berangan juga nak jadi full time blogger macam Ben Ashaari tu. (nampak tak angan-angan tinggi tu) hehehe
Apa link blog ? Dan kenapa pilih link blog tu ?
Link blog http://misszyaroses.blogspot.my/ dan kenapa zya pilih nama nie sebabnya nama nie hasil gabungan oleh sahabat baik zya masa sekolah dulu. Jadi zya gunakan nama nie sampai sekarang. Lagipun gabungan nie nama zya juga cuma nampak unik sikit bila digabung macam tu.hehehe

  Suka suasana kampung atau bandar ?
 Mestilah suka suasana kampung sebab nyaman, tenang dan tidak terlalu terdedah dengan pencemaran udara, bunyi dan bau. Ewah kemain jawapan tu.hihihi

Kalau diberi peluang untuk travel , tempat mana yang anda akan pilih ?
 Bila ditanya bab nak travel ke mana nie memang banyak sangat nak travel. Tapi tempat yang paling zya nak sangat pergi adalah Jepun sebab zya teringin sangat nak bergambar di Gunung Fujiyama tu.

  Kalau marah , apa tindakan anda ?
Zya bukan jenis orang yang mudah marah. Kalau pun zya marah kawan-kawan mesti ketawa katanya tak nampak macam marah pun.Haishhh macam nak bagi nampak marah. Ajarkan sikit biar orang takut dengan kita.hahaha
 
  Suka / Tidak online shopping ?
Eh suda semestinya suka online shopping sebab sangat mudah. Semuanya bermula di hujung jari saja. Tahu-tahu esok lusa barang dah sampai ke tangan. Tapi kena juga berhati-hati bila online shopping takut ada yang menipu. Jadi selidik dulu sebelum membeli-belah tu ok. 
  Binatang apa paling anda takut ?
Zya nie Hello Kitty Lover dan hello kitty ni dikaitkan dengan kucing. Tapi kucing tu la yang zya takut. Bukan takut sangat tapi seram bila terkena bulu dia dan takut kena gigit. Kalau macam teddy bear atau barangan hello kitty berbulu juga tapi dia tak bergerak-gerak.hahaha ada juga manusia pelik macam nie kan.(eh terkata diri sendiri pula)

  Asal mana ? Haa maroh maroh :P
Ha sudah semestinya anak jati Penang. Orang kampung Pak Lah Badawi (bekas PM kita)
Kalau saya suruh tinggalkan satu ucapan untuk saya , ucapan apa yang anda akan ucap ?
Ucapan untuk blogger Meeya Techik semoga terus berjaya di dunia dan akhirat. Selalu dimurahkan rezeki serta menjadi blogger yang sentiasa kreatif dalam setiap penulisannya. Terima Kasih sebab sudi tag zya untuk segmen nie.


Demikianlah 10 soalan yang telah terjawab dan teringin juga zya nak tag 10 orang rakan blogger. Mari kita tengok siapa yang kena...hehehe


10 Blogger Terpilih:-

 Sila jawab 10 soalan daripada zya.
1. Perkenalkan siapakah anda?
2. Siapa idola anda dan mengapa?
3. Ceritakan detik-detik pertama anda berjumpa dengan pasangan anda?
4. Tempat yang paling jauh anda pernah pergi?
5. Kenapa anda menceburi dunia blog?
6. Pandangan anda mengenai blog saya?
7. Apakah yang anda belum capai dalam kehidupan?
8. Smartphone apa yang anda guna sekarang? Nyatakan sebabnya sekali.
9. Apakah masakan mak yang anda suka?
10. Apakah prinsip hidup anda?
  
 



 SEKIAN!!!!