Pencarian Bloglist September 2015 di Blog Lyssasecret.Com


Assalamualaikum hye semua apa khabar? Kali nie zya nak cerita pasal Pencarian Bloglist September 2015 di Blog Lyssasecret.Com. Teringin nak join sebab zya suka sangat dok usha blog si comel lyssa faizureen nie dari dulu lagi. Blog lyssa nie la yang banyak membantu blog zya dari segi tutorial dia. Dulu blog zya nie blog biasa sahaja. Tapi sekarang dah lain kan penuh dengan Hello Kitty jer. Zya juga belajar macam mana nak dapatkan software adobe photoshop semua dari blog lyssa faizureen nie jadi dah pandai pun nak edit sendiri. Lagipun tutorial yang lyssa bagi sangat mudah untuk difahami dan semestinya ia menjadi. Memang berbaloi la orang kata kalau korang singgah blog lyssa nie. So sekarang dia tengah buat Pencarian Bloglist September 2015 apa kata kita pakat-pakat join mana tahu blog kita terpilih sebagai bloglist lyssa untuk bulan September ni.hehehe






Ha nie dia siap ada banner lagi tau.Tunggu apa lagi kita join ramai-ramai. Actually dalam banyak-banyak entry lyssa kan zya suka 3 entry nie sebab dia banyak mengajar zya pengetahuan photoshop yang sememangnya bidang yang amat zya gemari.

- http://www.lyssasecret.com/2012/03/tutorial-cara-buat-header-gambar.html
Kalau korang rasa nak usha blog sigadis comel boleh la terjah terutama sekali untuk yang baru mula berblogging macam zya nie kan.Banyak pengetahuan yang kita dapat. So doakan zya berjaya menembusi bloglist lyssa untuk bulan September nie yer. Chaiyok2 

Sekian, miss zyaroses.

HELLO KITTY THEME 3

 ASSALAMUALAIKUM
Hye kali ni zya nak share Hello kitty yang ketiga pula. Kali nie zya tak larat dah nak celoteh banyak-banyak so kita terus tengok yer theme ketiga nie macam mana plak style dia ok. Kalau berkenan terus tekan gambar yang tulis download tu sahaja ok. 


























https://www.dropbox.com/s/hprrrqnbgvnrpax/HelloKitty%2BTravel.apk


Theme yang ketiga nie nama dia Hello Kitty Travel. Dah download dan tak tahu cara nak install boleh tengok dekat SINI. Selamat Mencuba.







Bubye






HELLO KITTY THEME 2

 ASSALAMUALAIKUM
Hye korang yang nie theme HK yang kedua zya nak share kalau korang rasa tak berkenan dengan theme yang pertama zya post tu. Tengok banyak kan pilihan yang zya nak share dengan korang. Tinggal nak pilih jer mana yang korang suka. Tapi yang pasti mesti kena ada Go launcher dulu dari henset korang yer. Jom tengok kali nie theme style macam mana plak. 







Cantik tak? Theme ni nama dia Hello Kitty V3. Kalau nak dipersilakan tekan gambar download kat bawah tu ok. Jangan segan jangan malu nanti rugi.hehehe Actually zya sekarang pakai theme nie sebab nampak simple dan nice. Kalau tak tahu nak install macam mana tengok SINI. Ok la Selamat Mencuba







Bubye






Hello Kitty Themes 1

 ASSALAMUALAIKUM
Hye uollsss tengah buat apa tu..Hari ini zya nak share dengan korang themes Hello Kitty plak.Nak tak? Nak tak? Tak nak suda..hehehe sapa yang nak dipersilakan amik free jer xda charge apa pun. Zya kan baik hati sebab tu nak share dengan korang apa yang zya dapat. hahahha masuk bakul angkat sendiri nampak.hahaha Ok la jom kita tengok macam mana theme HK yang zya nak share nie. Tapi sebelum korang nak download theme nie pastikan henset korang dah download dulu go launcher dari playstore baru boleh guna. 
























Themes ni nama dia Kitty Girl go launcher. Ha tengok cantik tak? Berkenan tak? Cepat-cepat tekan gambar download kat bawah kalau dah berkenan di hati sampai tak boleh nak tido sebab pulun nak sangat dah.hihihi utaqa baq ang keluar...

https://www.dropbox.com/s/1k2mm9oge1fbkqk/KittyGirlGoLauncher.apk?m





 

Kalau korang dah download tapi tak tahu macam mana nak install boleh buka dekat SINI untuk tengok cara nak install dan apply dia. Kalau korang dah biasa guna whatsapp plus mesti tahu cara nak install dia tapi kalau dah lupa juga dipersilakan buka tutorial tu. Selamat mencuba. Dah dapat jangan lupa kongsi dengan zya ok.

Bubye








WIZARD MEMO HELLO KITTY 2

ASSALAMUALAIKUM
Hye uollss tengah buat apa tu. Zya rasa macam nak share lagi dengan korang wizard memo hello kitty 2 plak. Sebelum nie zya pernah share yang 1 punya. Kalau korang rasa tak berminat dengan design tu korang boleh cuba dengan design blink-blink nie plak hokey. 


 Cantik tak design nie blink-blink lagi tau. Kau hado...hahahaha meyh la download dan apply dekat henset kesayangan korang tu. Tekan download kat bawah nie hokey.


https://www.dropbox.com/s/82swwrdmnzd6f6z/Princess%20Blingy%20Kitty%20Wizard%20Memo.apk




Kalau korang dah download dan tak tahu cara nak install dia meyh usha kat SINI. Semoga dapat membantu korang semua dan selamat mencuba. 



CARA GUNA APPLICATION ANDROID STYLE ZYAROSES

 ASSALAMUALAIKUM

Hye semua mesti korang tertunggu macam mana nak guna application android yang
zya bagi tu kan. Ha kalau korang tak tahu boleh la tengok sini hokey. Kena ikut step 
by step dia. Kalau silap langkah sesat jadinya...hahaha

STEP 1
Bila korang dah habis download app tu, korang buka dan akan keluar 
macam nie, So korang tekan dekat setting tu nanti. 
 


STEP 2 
Bila dah tekan setting akan keluar senarai banyak macam nie kan, 
so korang cari ayat (Allow installation of apps from sources other than the play store) macam yang dalam gambar tu dan tekan tick



 STEP 3

Kemudian akan keluar kotak macam nie korang hanya klick ok saja



 STEP 4

Bila dah tick ok terus keluar macam nie, tekan jer install kat bawah tu dan tunggu la sampai dia habis download dan boleh la korang guna appilacation korang tu.Yeeeaahhhh...



SELAMAT MENCUBA!!!!!!!


 credit to:- prettydroid





WIZARD MEMO HELLO KITTY 1

Hye korang semua kali nie zya nak bagi tutorial wizard memo untuk henset android percuma. Seriusly percuma tau korang. Rugi tak mencuba sebab selalunya apa sahaja application untuk Hello Kitty banyak kena beli dan untuk iphone saja yang sesuai. Tapi kali nie zya nak share kat korang untuk pengguna android pun boleh guna juga yer. Meh kita usha sikit macam mana wizard memo Hello Kitty nie errkkk??


Tada macam nie la wizard memo yang kita boleh guna untuk simpan note atau apa-apa sahaja dokumen jadi tak perlu nak buka buku dan cari pen nak menulis lagi dah.Lagi-lagi student macam zya nie semuanya nak cepat kadang tak sempat nak cri buku dan pen so guna henset cepat sebab mesti henset korang sentiasa dekat tangan jer kan...hehehehe Sekarang ni semuanya di hujung jari anda sahaja.Cewahhh hahahaha Ha apa lagi tunggu jom la download kat bawah nie.
 
https://www.dropbox.com/s/sgxruzpb90kl0d1/I%20Heart%20Kitty%20Wizard%20Memo.apk


Sementara tunggu download habis tu meyh usha dekat SINI cara nak guna application bila dah download.Actually cara nie macam korang guna whatsapp plus jer. So kalau korang dah tahu tak perlu tengok dah. Selamat mencuba!!! kalau dah menjadi tinggalkan komen zya pun nak tahu juga korang punya excited tu macam mana kan..Kalau ada yang tak paham jangan segan-segan tinggalkan dekat komen atau cbox sebelah tu yer.




credit to :- prettydroid

Koleksi Barangan Hello Kitty Ku

 ASSALAMUALAIKUM
Hye semua tengah buat apa tu. zya baru lepas dinner dengan family tadi. So memandangkan sekarang tengah lapang tak ada apa nak dilakukan lebih baik zya buat entry baru. Ha entry zya kali ni zya nak tunjukkan koleksi barangan Hello Kitty yang zya ada. Wah so excited iollss nak introduce my collection untuk uollss. Actually semua barang HK nie zya banyak beli dekat kedai-kedai cenderahati di shopping mall. Sekarang ni senang nak cari barangan HK sebab semua kedai cenderahati mesti akan ada satu sudut yang meletakkan semua barangan HK yang so so so cute lorhhh. Boleh rambang mata zya kalau tengok macam nak borong semua bawa balik.hahahaha.

Selain itu, ada juga zya beli online melalui instagram.Kalau beli online nie maknanya barang yang zya cari itu payah nak jumpa di kedai-kedai la kan. Minat punya pasal sanggup la order tunggu berhari-hari untuk mendapatkan barang.Bila dah dapat barang tu, wah so excited melompat-lompat iollss.hahaha Owhhh ya kalau sesiapa yang Hello Kitty lover macam zya nie juga boleh la usha dekat ig nie Kittymurah. Barang dia memang banyak gila dan semua sok sok cute sangat.hehehe. Nak tengok apa koleksi yang zya ada setakat ni.Jom usha sikit kih3. 

  Koleksi Kartun Hello Kitty yang zya ada
 tapi nie orang bagi hadiah jer.hehe




Wah banyaknya dan yang pasti semua dalam gambar nie super duper cute kan. Ok yang nie zya beli dekat ig kittymurah 2 la. Tapi yang jam, cover beq laptop dan mouse HK zya beli dekat kedai area Penang nie saja.Headphone tu plak zya beli masa zya g Shah Alam dekat dalam Plaza Alam Central ada 1 booth nie jual semua barang HK..
Cover skin laptop nie beli dekat kedai komputer di Kangar
Mug Hello Kitty nie beli dekat Sunway Carnival Mall

Ha nie la kedai cenderahati dekat Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya tu. Banyakkan Hello Kitty dia besar-besar comel pulak tu. hehehe sempat lagi zya possing kat kedai tu.hihihi





Bantal yang comel cute muit tu sebenarnya zya dapat hadiah dari seseorang sebelum zya masuk belajar. Comey sangat kan, kalau tak silap bantal tu boleh dapatkan di kedai cenderahati Bukit Jambul. Ha jangan tak tahu sampaikan ke tudung pun zya sanggup beli asalkan ianya Hello Kitty hokey.hahaha Actually tu tudung bawal dari koleksi AJ (aidijuma) yan white label. Zya sempat grab dekat stokis Aj di Arau, Perlis. Memang awesome dan bila pakai xnampak sangat macam corak HK sebab corak dia kecik-keceik. Nak tengok lebih dekat lagi jom usha zya pakai tudung nie.

zya pakai yang warna merah tu.tapi zya pakai style shawl.




Cantik tak beg Hello Kitty nie.Mestilah cantik bagi yang Hello Kitty lover macam zya nie kan.Pantang tengok semua nak beli lagi-lagi murah pulak tu.Actually beg ni zya beli dekat Penang jer masa zya tengah jalan-jalan pusing tengok street art dekat Penang. Nak tahu harga dia berapa.Ha meyh sini zya nak bagitahu harga dia RM8.00 sahaja hokey.Sekali lagi ulang RM8.00 sahaja.Murah kan dan yang penting dia sangat cute boleh zya bawa pergi kelas lepas nie kan..Kalau uolss nak tahu tempat nie dekat mana jangan segan-segan tanya hokey.Kompon zya boleh bagitahu punya siap nak jadi tour guide untuk uolss pun boleh xda masalah, hehehe bukan apa tempat dia tersorok sikit tapi pemandangan lawa oww... Eh apa dah macam lari tajuk nie siap promote nak jadi tour guide bagai...hehehehe maaf-maaf excited nak cerita pasal street art plak.xpa di lain entry zya akan cerita hokey.Berbalik pada koleksi zya tadi ada lagi nie zya nak ceritakan. Jom la sambung membaca sambil mencuci mata melihat koleksi zya. Ha sekarang nie zya nak tunjuk dulu coklat yang zya buat sendiri menggunakan acuan dari bentuk Hello Kitty.

 
Tada nie la rupa coklatnya.Sedap tau budak2 suka sangat.


Sekarang zya tunjuk koleksi casing henset zya pula.Wah sampai ke henset pun HK juga. Kelas kau jah..hahahaha. Casing nie zya tak beli online pun sebab dekat kedai area Penang dah banyak zya jumpa dan sepadan dengan henset zya nie.Cuma yang beli tu online dekat powerband Pineng ja zya beli online tapi zya tampal sticker HK bg nampak HK lover menyerlah sikit.hehehe 
 




Ha perasan tak yang Hello Kitty putih pink cair kat depan sekali tu ada sebelah powerband. Kenapa errkkk?? Tadi dekat gambar atas tulis kata koleksi kartun HK. Ishhh pelik nie kan.hehehe sebenarnya tadi tu gimik saja nak bagi memeriahkan suasana..Hakikatnya HK putih pink cair nie powerband juga tapi bila ditengok macam kartun mainan biasa kan.Ha itulah uniknya barangan HK nie macam-macam jenis style dan fesyen dok ada mai..Ha keluar dah longat utaqa dia..Ok setakat nie banyak tak koleksi yang zya ada.Mesti korang kata sikit saja pun.hehehehe Ada banyak lagi koleksi yang zya ada seperti baju sweater, baju t-shirt, set cadar dan bantal, tuala mandi dan lain-lain.Tapi semua itu biar menjadi koleksi zya sahaja hokey. Sekian, setakat ini sahaja zya mengarang untuk tatapan peminat Hello Kitty lover. Semoga bermanfaat untuk uolllsss hokey. Sebelum terlupa nanti zya akan buat entry untuk software android dan yang pastinya semua bertemakan Hello Kitty..Yeeeaahhh nantikan hokey. Bubye...









This entry was posted in

About Hello Kitty

 ASSALAMUALAIKUM

Hye uollss bertemu kita dalam entry kali nie tentang Hello Kitty, 
  
Hmmm... mesti uolss sudah tahu kan dengan watak kartun kucing putih comel yang berkepala besar serta tidak bermulut nie.Hakikatnya penggemar-penggemar HK ini bukan hanya pada kanak-kanak tetapi termasuk golongan remaja serta dewasa dan zya adalah salah sorang peminatnya.hehehehe. Memandangkan zya nie peminat fanatik kepada pelbagai barangan dan karakter Hello Kitty, so entry kali nie zya perkenalkan serba sedikit tentang Hello Kitty. Zya dah search byk tentang sejarah HK nie so zya curik la sikit-sikit cerita. Jom kita teroka dunia kartun comel nie.




        Hello Kitty pertama kali diciptakan oleh syarikat Sanrio Co Ltd yang didirikan pada tahun 1960 yang berkonsep membuat sebuah hadiah yang mana dapat memberikan kegembiraan dan keriangan kepada kanak-kanak. Hello Kitty juga pertama kali diperkenalkan di Jepun pada tahun 1974. Hak cipta HK didaftarkan pada tahun 1976 dan sekarang mereka merupakan pengeluar dan pengusaha barangan HK di seluruh dunia. Pada tahun 1996, HK kembali menjadi popular secara mendadak di kalangan remaja sekolah kerana Tomomi telah mencipta lagu HK dan sekaligus telah mempopularkan watak kartun HK pada saat itu. Tomomi juga mengaku bahawa dia amat meminati watak kartun HK ini. 

     Pada pertama kali ia diperkenalkan, target utama pemasaran HK adalah kanak-kanak perempuan, tetapi pada masa sekarang penggemar HK terdiri daripada wanita. Dari tahun ke tahun HK telah berjaya menembusi pasaran lebih daripada 60 buah negara di seluruh dunia. Sehinggalah sampai ke saat ini populariti barangan serta watak kartun HK sangat popular dan berjaya menarik peminat terutamanya macam zya yang terlalu fanatik dan sanggup berhabisan duit untuk mendapatkan setiap barangan dan koleksi dari watak kartun Hello Kitty.hehehehe Ok rasanya setakat nie saja zya dapat ceritakan, kalau uollss nak lebih lanjut tentang cerita dan sejarah dia korang boleh la google sejarah hello kitty nanti memang banyak akan keluar tetapi kebanyakan zya google semua versi indonesia yang banyak.So uollss baca nanti pandai-pandai la translate sendiri yer. Kalau rajin kongsikan la apa yang korang baca dengan zya errkkk.. Ok sekiaN entry kali ini, jumpa lagi di next entry. Bye





Sekian.




This entry was posted in

RAWATAN ELAK OBESITI (DIET, SENAMAN)

ASSALAMUALAIKUM

Hye mesti uolss ternanti-nantikan sambungan kepada entry zya pasalobesiti sebelum ni kan KLIK SINI. So sekarang zya nak cerita pula pasal rawatan untuk mengelakkan obesiti dengan mengamalkan tip-tip ini. Insyallah dengan izinnya dapat kita kekalkan kesihatan dalam badan kita serta kehidupn kita. Jom kita terjah apakah yang perlu kita amalkan.
1. DIET

Kaedah ini diletakkan sebagai yang terpenting dalam proses merawat obesiti. Walaubagaimanapun, diet tidak bermakna anda menyekat untuk makan tetapi kaedah ini perlu dilakukan secara berjadual dan mengikut kualiti pengambilan makanan yang betul dan tepat. Pandangan daripada pakar pemakanan dan pakar diet adalah penting dalam melalui proses ini. Antara yang perlu anda bberikan perhatian ialah:-

a) Elakkan makanan yang tinggi kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan mengambil makanan yang bergoreng dan lebihkan makanan yang dibakar, direbus atau dipanggang. 

b) Jika ingin menyediakan kopi, milo atau teh, elakkan penggunaan susu pekat manis. Gantikannya dengan susu rendah lemak atau gula palsweet. 

c) Sebaik-baiknya, kurangkan kandungan gula dalam semua jenis makanan anda. Elakkan terus makanan yang manis-manis seperti pengat, durian, minuman berkarbohidrat dan kuih-muih. 
d) Makan secara berjadual dan mengikut disiplin. Buat sementara waktu, lupakan snek dan masa makan selingan. Tumpukan pada sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam (sebaiknya diambil sebelum pukul 7 malam dan menunya ringan sahaja).
 e) Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan. Maksudnya, jangan kunyak makanan terlalu laju untuk memberi laluan kepada makananyang lain.Telanlah makanan dengan sempurna dan bertentangan semasa makan.







2. SENAMAN 
Senaman secara knsisten adalah pulangan kepada kesihatan yang baik. Tiga perkara yang perlu anda tahu ialah:-
 a) Lakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit. Ia bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Untuk permulaan, lakukan aktiviti yang ringan dalam masa yang singkat. Apabila tubuh sudah boleh menerimanya, tingkatkan bentuk senaman dan tambahkan masa.
 b) Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama 2 jam tetapi hanya seminggu sekali. 
c) Antara bentuk senaman yang disarankan ialah berjoging, berbasikal, bermain gym, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya. 

Jadi itulah serba sedikit tip yang zya dapat kongsikan. Harap maaf kalau ada kekurangan atau kesilapan, zya hanya mendapat sedikit tip dan ianya diamalkan sendiri olh adik kandung a.k.a adik kesayangan hakak okey. Jom kita lihat gambar dan bukti yang menyatakan tip ini adalah amat berkesan. Tapi satu zya nak pesan kat sini kita kena disiplin dan jangan malas-malas ok. Sila buang ayat pantang tengok makanan, hahaha ayat ni sebenarnya zya yang selalu gunakan. hihihihi. Dah2 jom terjah dulu...
SEBELUM






FASA PERTAMA



FASA KEDUA








SELEPAS



SEKIAN, BYE





This entry was posted in