Cipta Detik “Scent-sasi” Di Mana-mana Sahaja Bersama Enchanteur.


Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi, rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin sebelum melangkah keluar. Menjelang tengah hari, selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain beliau akan menambah gincu pada bibir selepas makan tengahari. Menjelang petang, beliau akan membuat perancangan bersama rakan untuk menikmati makan malam, ataupun temujanji bersama teman lelaki dan sekali lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan sebelum melangkah keluar. Satu perkara yang perlu beliau ingat setiap kali selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur semula wangian memandangkan bau dapat mencipta daya tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi impresi yang berkekalan. 


ENCHANTEUR berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. ENCHANTEUR juga sedar bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri. ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli – yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usaha sama bersama pencipta wangian Perancis, ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama. Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban.


Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda – direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah. Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan. Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh suai padankan mana mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi ‘signature’ si pemakai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Jolie (Lovely)


Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling)


Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love)


Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya. 

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore (Adorable)


Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu. 

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya. ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.






LIRIK LAGU SAMBUTLAH KASIH - LOVERHUNTERS


SAMBUTLAH KASIH - LOVERHUNTERS 

Related image

Tak pernah ku menduga
Gelora jiwa sesali dada
Aku jatuh dan aku merindu tanpa kepastian
Bagaimanakah nantinya
Aku dapat meyakinkan
Rasa cinta di hatiku
Hanyalah untukmu kekasihku

Mendung dalam sinar matamu
Kenangan duka masa lalu
Kepasrahan...

Tak ku hiraukan panas mentari lagi
Demi cinta kurela menanti
Takkan goyah walau badai kan melanda
Seribu tahun kutetap setia
Lupakanlah dukamu yang silam
Hulur tanganmu sambut kasihku
Mari bersama kita melangkah
Membina cinta abadi

Mendung dalam sinar matamu
Kenangan duka masa lalu
Kepasrahan...

Tak ku hiraukan panas mentari lagi
Demi cinta kurela menanti
Takkan goyah walau badai kan melanda
Seribu tahun kutetap setia
Lupakanlah dukamu yang silam
Hulur tanganmu sambut kasihku
Mari bersama kita melangkah
Membina cinta abadi

Tak ku hiraukan panas mentari lagi
Demi cinta kurela menanti
Takkan goyah walau badai kan melanda
Seribu tahun kutetap setia
Lupakanlah dukamu yang silam
Hulur tanganmu sambut kasihku
Mari bersama kita melangkah
Membina cinta abadi











ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan Belaian Menawan Sepanjang Hariku.


Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan. Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari. 


Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!

Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan. Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.

ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)


• Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.

ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan) 


• Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban. 

ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri) 


• Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian. 

Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.







KEUNIKAN SEBENAR PIZZA DAPAT DIRASAI DI US PIZZA | BUKIT MERTAJAM, PENANG.



KEUNIKAN SEBENAR PIZZA DAPAT DIRASAI DI US PIZZA | BUKIT MERTAJAM, PENANG. Hai semua zya hari nie aku nak kongsi dengan korang satu tempat makan yang best dan bagi peminat pizza di sinilah tempat korang wajib cuba kerana keunikan dan kelainan pizza yang dihidangkan tidak sama di tempat lain. Kita tahu setiap tempat ada keunikannya sendiri dan di US Pizza juga ada kelainannnya. Apa yang lain tu jom kita ikuti setiap bicara dan celoteh aku untuk entri kali ini.


Baru-baru ini aku telah menghadiri satu majlis perasmian kedai baru iaitu US Pizza di Bukit Mertajam dan aku telah mencuba pelbagai menu yang istimewa dan yang pasti menjadi daya tarikan di kedai ini. Menu utama yang wajib korang cuba semestinyalah pizza. Apa yang menjadi kelainan dan keunikannya adalah pizza di sini rotinya sangat lembut dan tidak sama dengan pizza tempat lain yang pernah aku makan. Rotinya sangat lembut dan tidak keras atau terlalu garing. Semasa aku ke sini aku telah mencuba tiga hidangan pizza yang berlainan perisa. 


SALTED EGG PIZZA



MUSANG KING DURIAN PIZZA



TOMYAM PIZZA

Tiga jenis pizza yang sempat aku rasa dan untuk salted egg pizza tu agak unik sebab belum pernah lagi aku jumpa di mana-mana restoran dan kedai yang membuat gabungan pizza dan telur itik. Mulanya aku dengar agak sedikit pelik dan takut rasanya tidak boleh diterima tekak. Tapi setelah mencuba gigitan pertama wow sedap dan terus lagi mencuba gigitan demi gigitan dan akhirnya ternyata memang sedap pandai mereka mencipta resepi dan kelainan untuk pizza ini dan mereka meletakkan daun kari bagi menambahkan kesedapan pizza tersebut. 

Seterusnya bagi musang king durian pizza memang ini memang unik juga dan aku tidak pernah jumpa di mana-mana lagi menghidangkan pizza dari durian musang king. Bagi peminat pizza korang memang wajib cuba pizza nie sebab memang rasa macam korang tengah layan durian musang king yang sebenar. Rasa manis durian campur dan rasa berkrim dia perghhh memang sedap. Memandangkan aku memang hantu durian jadi pizza pilihan aku semestinya musang king pizza la.hehehe Pizza yang ketiga ini tomyam pizza dan memang rasa tomyam la kan dan bagi ketiga-tiga pizza ni tekstur pizza dia memang superb best lembut dan bila tarik tu dia kenyal elok saja. 


Selain dari pizza, US Pizza juga menyediakan menu lain seperti Seafood Mixed Fried Platter, Smokey Duck & Mushroom Carbonara, New York Wings,Lasagna, 4 Crazi Garlic Twist & 4 Cinnamon Twist. 


SEAFOOD MIXED FRIED PLATTER 


 SMOKEY DUCK & MUSHROOM CARBONARA


NEW YORK WINGS


LASAGNA


4 CRAZI CINNAMON TWIST


4 CRAZI GARLIC TWIST

Ini antara menu sampingan yang aku sempat rasa dan semua menu ni aku sangat rekeman untuk korang cuba bila datang ke US Pizza. Aku suka suasana di sini dengan layanan staff di US Pizza yang sangat mesra dan baik sekali. Sekiranya korang berminat untuk ke sini korang boleh rujuk maklumat di bawah. 


US PIZZA (Bukit Mertajam Outlet) 

Address: 23 Jalan Perniagaan Gemilang 1,
 Pusat Perniagaan Gemilang, 
14000 Bukit Mertajam, Penang 
(next to OCBC Bank)

Contact: +604-548 9897

















MASAKAN MENJADI MUDAH DENGAN FISH FILLET DARI PACIFIC WEST

MASAKAN MENJADI MUDAH DENGAN FISH FILLET DARI PACIFIC WEST | Pernahkah anda mendengar jenama produk Pacific West ini? Pacific West ni sebenarnya sudah lama bertapak sejak tahun 1995 lagi dan ditubuhkan di Australia. Produk Pacific West ini telah menjadi kegilaan ramai sehingga ke seluruh dunia dan mereka sentiasa membuat inovasi serta pembaharuan untuk menarik minat ramai pengguna memilih produk mereka bagi dinikmati seisi keluarga. Produk Pacific west ini terdapat di lebih dari 20 buah negara di seluruh dunia dan yang terbaru adalah di Disneyland, Paris, Hong Kong dan juga Shanghai.


Pacific West memilih produk makanan laut sebagai memenuhi permintaan ramai disamping mempelbagaikan cara makanan laut itu. Mereka juga sentiasa memastikan bahawa produk mereka mendapat pengesahan dan dijamin Halal. 

Baru-baru ini, Pacific West telah melancarkan formula baru iaitu Cheezy Fish Fillets pada November yang lalu. Mereka mengutamakan keju dalam produk mereka kali ini dan ia adalah salah satu hidangan yang paling disukai dan diminati oleh  rakyat seluruh dunia tanpa mengira lapisan umur dan masyarakat. Baik orang dewasa mahupun kanak-kanak amat menggemari akan Cheezy terbaru ini. Filet ikan yang bewarna putih yang dicampur dengan premium keju Mozarella, Nacho dan disalutkan dengan satu serbuk roti menjadikan ianya rangup. Ha nampak tak produk Pacific West ni memang menarik dan zya sendiri dah mencubanya. Jom kita lihat beberapa produk dari Pacific West yang telah berjaya menarik minat zya. 


CHEEZY FISH FILLET



First produk yang zya paling suka dan minat ialah Cheezy Fish Fillet la dan fish fillet nie memang kaya dengan keju yang memang sedap dan bagi zya mudah sebab zya jenis suka makan masakan bergoreng dan ianya sangat senang, mudah, dan cepat. Sesuai la bagi sesiapa yang kekurangan masa dan kadang memerlukan makanan segera dan cepat dimasak. Makanan ini sesuai dimasak dan dinikmati oleh seisi keluarga. Seterusnya terdapat juga produk lain seperti Tempura Fish Fillet, Oven Baked Fish Fillet serta Calamari Ring dan korang boleh memasak mengikut citarasa korang sama ada ingin digoreng makan dengan sos ataupun diubah mengikut resepi yang korang suka.

TEMPURA FISH FILLET 



CALAMARI RINGS



OVEN BAKED FISH FILLET 


Oven Baked Fish Fillet nie korang boleh bakar dan zya suka tambah kepingan cheese diatasnya dan ditambah pula dengan sayur coleslow nie memang sedap sangat. Ini gaya zya dan kalau korang ada resepi korang sendiri korang boleh cuba dan pelbagaikan cara masakan. Sekiranya korang inginkan resepi dan cara masak produk Pacific West ini di sini Resepi. Pelbagai menu hasil dari produk Pacific West ada disediakan di sini dan korang boleh cuba ataupun korang boleh cipta sendiri menu anda dan setelah itu boleh join Contest yang dianjurkan oleh Pacific West dan memenangi hadiah utama ke Paris dan hadiah kedua percutian ke Bali. Wow Paris dan Bali lagi tu sapa tak nak zya pun teringin juga nak menang ke Paris dan Bali.



So, apa tunggu lagi jom semua beli produk Pacific West dan memenangi hadiah percutian ke Paris dan Bali. Segala maklumat lanjut korang boleh rujuk di sini. 


KUALA LUMPUR
No.2, Jalan Kempas,
Rawang Food Industrial Park, 48000 Rawang, 
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: (603) 6093 1861
Fax: (603) 6093 1871


PENANG
4402, Jalan Chain Ferry,
12100 Butterworth, Malaysia.
Tel: (604) 331 7788
Fax: (604) 323 7799


official website: www.pacificwestfoods.com 
Facebook page: PACIFIC WEST



Mengungkap Misteri Di Ghost Museum, Penang

Kalau korang datang Penang tidak sah kalau tidak singgah ke muzium-muzium yang terdapat di negeri ini. Terdapat banyak pilihan muzium yang wajib korang cuba masuk dan salah satu darinya adalah Ghost Museum. Bagi yang sukakan cabaran atau ingin mencabar diri melihat hantu-hantu yang mana korang tidak pernah nampak dengan mata kasar jadi di sinilah korang boleh merasai alami misteri ini. Aku bersama rakan-rakan telah mencabar diri dengan memberanikan diri masuk ke Ghost Museum dan melihat dengan lebih dekat hantu-hantu dari pelbahgai spesies. 


Terdapat hantu satu melayu, cina, jepun dan lain-lain lagi yang dari luar negara. Tapi dalam banyak-banyak hantu dalam nie hantu melayu la yang paling menyeramkan aku rasa dengan bunyi-bunyi mengilai tu huh seram bulu roma dengar. hahaha Tapi korang jangan risau bila masuk dalam nie akan ada staff Ghost Museum yang akan menemani dan menerangkan tentang sejarah hantu-hantu ini semua. Sepanjang di dalam Ghost Museum ini korang akan melalui banyak perkampungan yang mana ia terdiri daripada perkampungan melayu, cina, egypt, jepun, dracula, pirate dan juga halloween. Selain itu, hantu-hantu ini terjadi disebabkan ada kisah-kisah dia yang tersendiri. Jom kita ikuti pengembaraan kami di dalam Ghost Museum ini. 


Ok ini kaunter depan untuk membuat bayaran masuk.

Sekarang kita akan memasuki perkampungan yang pertama iaitu perkampungan orang melayu dan disini terdapat beberapa jenis hantu-hantu melayu yang sering kita dengar. 



Orang Minyak



Puntianak




Toyol



Ini adalah perempuan yang mati ketika melahirkan anak.


Dalam ni adalah hantu pocong oleh kerana aku nampak seram hantu pocong tu. Jadi aku lampirkan cerita dia saja.hehehe Diakui aku memang spesies yang penakut tapi disebabkan nak cabar diri jadi aku beranikan juga masuk ke sini.



Hantu Pisang


Red Ghost


3 Hantu Cina. Hantu kungfu mungkin nie.hehehe


Di atas ini adalah perkampungan cina dan terdapat beberapa hantu cina dan di sini aku dah mula berani sebab hantu dia tidak nampak seram macam hantu melayu tadi.hehehe



Ini adalah hantu egypt yang diberi nama Nubis.Di sini korang boleh mencuba memakai kostium yang disediakan di sini.




Flying Dutchman





Di atas ini adalah kawasan hantu Pirate ala-ala english style hantu kat sini. Comel-comel pula hantu kat sini dan korang boleh bergambar dekat meja macam nie ramai-ramai sambil dihidangkan lauk kepala manusia.hahaha Manusia tu kawan-kawan kitaorang juga sebenarnya.hahaha Seterusnya adalah kawasan hantu Jepun.





Kalau korang perasan hantu-hantu ni semua macam dalam filem juon yang pernah keluar pada suatu masa ketika dahulu, Seram juga cerita ni aku pernah tengok dari juon 1 sampai berapa entah aku pun lupa. Yang tu korang boleh google balik tengok ada berapa juon tapi memang seram la jawabnya. 




Rokurakubi


Chocin Obaki



Kappa


Last sekali adalah kawasan hantu halloween dan ini adalah kawasan perkampungan hantu yang terakhir kami jelajah waktu ini.



Pumpkin Head

Setelah selesai menjelajah setiap perkampungan ni, korang akan jumpa satu kedai yang menjual cenderamata kalau berkenan boleh la beli satu untuk dibuat kenang-kenangan. Terdapat pelbagai cenderamata yang dijual seperti baju t-shirt, topi, keychain, beg dan sebagainya.




Jadi itulah sahaja sedikit perkongsian mengenai Ghost Museum yang ada di Penang dan nanti jika berkelapangan korang boleh la datang ke sini beramai-ramai sama ada datang dengan family ataupun kawan-kawan. Harga yang ditawarkan pun berpatutan dan lokasi nie berdekatan saja dengan jeti dan kawasan-kawasan street art yang lain. Jadi korang boleh berjalan kaki sahaja di kawasan dan kebanyakan pelancong yang datang ada yang berjalan kaki ada yang menyewa basikal di sekitar sini. 


Ok sebelum balik kita rehat santai kat sini dulu sementara tunggu air kat tempayan sebelah ni mendidih boleh juga buat hilangkan dahaga. hahahha (gimik jer bukan ada air mendidih betul pun).


Ini adalah paparan harga untuk masuk ke sini.


Kalau korang cari lokasi nie senang ja korang boleh nampak papan tanda besar nie dekat bahagian atas dari atas korang dah boleh nampak dah. Sekiranya ingin maklumat lanjut dan sebarang pertanyaang korang boleh rujuk maklumat di bawah.

Alamat:
57, Lebuh Melayu, Georgetown, 
10100 George Town, Malaysia.

Hubungi:
04-261 2352

Facebook:



Twitter

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...